KOPERASI ASTANA RAJA BERHAD

KOPERASI ASTANA RAJA BERHAD

SELAMAT DATANG

KOPERASI ASTANA RAJA BERHAD
MAJU BERSAMA CIPTA KEJAYAAN

AKTIVITI DAN BERITA KOPERASI

KOPERASI ASTANA RAJA BERHAD  ditubuhkan pada 2 September 1954  oleh beberapa orang penduduk kampung yang merupakan pencetus idea berkoperasi di Astana Raja dengan nama   Syarikat Kerjasama Getah Astana Raja Berhad menjalankan aktiviti jual beli getah.  Pada Mei 1973  bertukar nama Koperatif Peladang Astana Raja Jayasetia Berhad  menjalankan aktiviti jual beli getah dan kedai runcit. Di bawah kawal selia Lembaga Pertubuhan Peladang dan apabila semua koperasi diletakkan dibawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia. KARB sekali lagi  menukar nama Koperasi Astana Raja Berhad dengan aktiviti utamanya perladangan Kelapa Sawit dan mula berjinak-jinak dalam  bidang hartanah.  Selaras dengan matlamat transformasi digital negara, KARB menyasarkan untuk membantu anggota memasarkan produk mereka terus kepada pengguna secara lebih meluas melalui platform e-dagang. Ia dapat memberi potensi besar kepada koperasi  untuk meningkatkan daya saing dalam dunia moden di mana platform e-dagang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun . Penggunaan aplikasi dalam talian boleh meningkatkan kecekapan operasi bagi memberi manfaat kepada koperasi dan pengguna

Anggota Lembaga Utama

PENGERUSI 

Dato Haji Ibrahim Bin Haji Abdullah

Pesara Jabatan Pendidikan .

Mula memegang jawatan Pengerusi pada bulan JUN 2011 . Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan. Pengerusi Koperasi Guru2 Negeri Sembilan Berhad an Koperasi Masjid An- Nur Rembau Berhad.

SETIAUSAHA

Tuan Haji Abd Nasir bin Hassan

Guru

Mula memegang jawatan SU KARB  pada 1 Okt 2022.

ALK Koperasi SMK Datuk Abdullah

 

BENDAHARI

Tuan Haji Mohd Muhagirin Bin Mohd Ayub

Pesara Guru

Mula memegang jawatan Bendahari pada tahun 2005 hingga kini.

PENGERUSI BIRO LADANG

Encik Mohd Hanapiah Bin Hussain

Pesara Jabatan Kesihatan 

Diberi Kepercayaan menerajui biro Ladang Mulai tahun 2021-

PRODUK & PERKHIDMATAN TERKINI!

Ladang Kelapa Sawit

Mengusahakan tanah Anugerah Kerajaan Negeri Sembilan seluas 100 ekar dan tanah adat milik anggota Koperasi seluas 130 ekar dengan tanaman Kelapa Sawit.

Luas Keseluruhan projek  230 ekar 

AGENT PERBANKAN BSN

Koperasi Astana Raja Berhad telah dilantik sebagai Ejen Perbankan tanpa cawangan Bank Simpanan Nasional bermula  Jun 2011 .Antara aktiviti perbankan ini adalah :

  • Pembayaran Tanpa Tunai
  • Pembayaran bil air, elektrik, Telco, Astro, Pembentungan , Cukai Taksiran, Pinjaman, Insurans, Wakaf dan Kompoun
  • Pembelian sijil eSSP
  • Deposit dan pengeluaran Wang

 

KEMBARA KOPERASI 2022

Koperasi Astana Raja Berhad telah terpilih mewakili  Daerah Rembau Tampin dalam Program Treasure Hunts SKM anjuran Koperasi Bank Rakyat 

Wakil Koperasi Astana Raja akan bersama Pegawai SKM Daerah Tampin Rembau En Amiruddin bin Rosli melawat ke 19 buah  Koperasi terpilih, menyampaikan plug dan sijil.

VIDEO PRODUK KOPERASI